top of page
Search

3.0 TOKOH TAN SRI SYED MOKHTAR AL- BUKHARY

  • ahmdfhmie
  • Dec 9, 2016
  • 10 min read

TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

I) LATAR BELAKANG :


Pada zaman ini, nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary cukup dikenali ramai sebagai salah seorang usahawan Bumiputera yang Berjaya meraih tempat ke 8 dalam Senarai Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2015 (Tim Majalah Niaga, 2015). Keluarga Beliau berasal dari Hadhramat, Yemen. Ayahnya mengembara ke Asia Tengah untuk menjalankan perniagaan kemudian berhijrah ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40an barulah ayah beliau telah membuat keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah. Anak kelahiran Kedah ini telah dilahirkan pada 1951 dan pada tahun 2015 ini, beliau berusia 64 tahun. Anak kepada pasangan Syed Nor Al-bukhary Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat ini merupakan anak ke tiga daripada tujuh orang adik-beradik. Namun Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai apa- apa jenis perabut pun.


  • Pendidikan


Disebabkan kedaifan keluargannya, beliau ketika berusia 9 tahun telah dihantar ke Johor Bahru untuk diasuh oleh pak ciknya Syed Omar sehingga beliau berada di Tingkatan dua. Beliau telah menamatkan pelajarannya sehingga Tingktan 5 di Saint Micheal’s School setelah kembali ke Kedah. Jika dilihat, beliau sebenarnya beliau bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi. Beliau rajin turun ke padang untuk membantu ibunya menanam serta menjual hasil tanaman malah turut melibatkan diri dalam penjualan roti canai di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Dalam pada itu, kata Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, “saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana saya tiada pilihan lain” setelah aktif berniaga sewaktu kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970 (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008).


  • Keluarga sendiri


Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Sharifah Zarah Al-Bukhary (24) manakala beliau berusia 41 tahun dan telah di kurniakan 4 orang anak iaitu Ilyas Muzaffar, Ilya Myasara, Iliya Melissa, Iffah Maryam. (Info214, 2010)


  • Penglibatan di awal perniagaan


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut dikenali sebagai seorang usahawan yang bercirikan versatail. Hal ini demikian, penerokan beliau dalam pelbagai bidang tanpa penat lesu (Usahawan.com, 2015). Pada awalnya beliau terlibat dalam perusahaan ayahnya dalam perniagaan bintang ternakan. Namun apabila mengalami kerugian akibat wabak kaki dan mulut, beliau membuat keputusan untuk menjual daging secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memperoleh kejayaan yang tinggi dalam perniagaan ini kerana usaha keras beliau yang sering pergi ke pekan ke pekan yang lain sekitar Alor Setar untuk menjual daging.


Seterusnya beliau mula menjinakkan diri beliau dalam perniagaan pengangkutan. Permit bagi empat buah lori kelas A telah berjaya beliau memperoleh dengan bantuan yang diberikan oleh pihak MARA. Syarikat pengangkutan yang dibuka telah dinamai Syarikat Pengangkutan Sentosa. Rezeki beliau cukup murah kerana beliau dapat melangsaikan hutang beliau dengan MARA dalam tempoh 2 tahun (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008)


Perniagaan beras pula dimulakan dengan menggunakan lori-lorinya itu.Syarikat Syah telah ditubuhakan dan permohonan lesen perdagagan daripada lembaga Padi Negara yang kini lebih dikenali sebagai BERNAS telah berjaya diraih oleh beliau.Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary bersama NG Ghiak Gee ( pedagang beras dan 32% saham) manakala Chua ChongTan ( pengilang beras dan 16% saham) . Hal ini demikain, beliau menyedari kedudukan perniagaan orang melayu pada masa itu dikuasai oleh orang cina. (Syed Mokthar Al Bukahry yang tidak begitu dikenali, 2008). Syarikat usaha sama turut telah ditubukan oleh Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary itu telah dinamakan Bukhary Sdn Bhd setelah dibuka pada 15 Julai 1976 malah kini tetap beroperasi dengan memperoleh pendapatan yang mencecah RM250 juta setahun. Selepas itu, beliau telah beralih ke perusahan gula pula.


Pada tahun 1977, beliau telah menubuhkan Bukhary (KL) Sdn Bhd pula atas niat untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang lebih memberi tawaran kepada usahawan bumiputera. Bukhary (KL) Sdn Bhd telah dibeli melalui perjanjian sewa beli Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) .Kontrak pembekalan beras, tepung susu, tepung coklat dan juga minyak sapi telah berjaya diraih oleh beliau.


Bahagian bawah pejabatnya telah diubah suai sebagai pusat pembungkusan. Syarikat Mas Sdn. Bhd telah dibuka pada tahun 1979 dengan usaha sama beliau (51%) dengan New Zealand Milk Products (49%) yang memasarkan jenama Fernleaf dan Anchor. Namun beliau telah menjual semula kepentingannya dalm syarikat tersebut akibat kemelesatan ekonomi pada pertengahan 80-an. (Sejarah Kekayaan Tan Sri Syed Mokjtar Al Bukary, 2013). Walaupun begitu, beliau telah menghadirkan diri ke delegasi perdagagan ke ekso Perdagagan Canton, China. Di sana, beliau telah mengamalkan sistem pertukaran barter yang menukarkan the China dengan kokonya.


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary turut telah melangkah dalm indusri pembuatan. Hal ini akibat beliau berjaya menakluki kontrak untuk membuat pakaian seragam bagi Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 330 000 (pasang pakain seragam) dan 120 000 (pasang kasut) dari Kementerian Pertahanan (MINDEFF).Pada awalnya beliau telah mencari pembekal iaitu dari pihak pengilang terus namun beliau telah membuat keputusan untuk menubukan Oriental Garmental Uniform Division dan syarikat Amtek Holding. Beliau yelah membeli Spark Manshop dan hak untuk mengeluarkan dan memasarkan jenama Crocodile dengan mengunakan wang penyenaraian Syarikat Amtek Holding dalam Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pada era ini, Syarikat Amtek Holding menjalankan operasi dalam bidang eksport bagi kasut tentera dan pakaian berjenama Loius dan Lee Coopers.


Sementelahan itu, Bukhary Shipping yang bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE telah ditubukan. Malah, sebuah kapal bernilai USD 1juta serta berusia 28 tahun buatan German turut telah dibeli oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Kegunaan kapal tersebut adalah untuk mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, kapal itu telah dinamai Angsa Mas. Namun, apabila mengalami kerugian sebanyak USD 400 000, Beliau terpaksa mengambil langkah untuk menjual Angsa Mas pada harga USD 600 000.


  • Penswataan


Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan Syarikat Bukary Development untuk memulakan beberapa projek perumahan.Dalam perusahaan harta tanah ini, Beliau telah membeli beberapa bidang tanah di selitar Alor Setar. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary juga telah melibatkan diri. Beliau dan projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. (RM 350 000 000) melalui tender dan Johor Tenggara Palm Oil Sdn Bhd (RM135 000 000). Projek Pelabuhan Tanjung Pelepas berjaya menarik syarikat perkapalan antarabangsa iaitu Maersk Sealand (Denmark) dan Evergreen Marine (Taiwan) untuk memindah operasi kontenanya dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Untuk ini, beliau telah menerima pujian oleh kerajaan.


Syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd ditubuhkan bersama Kembangan Dinamik, Pilecou Bhd. dan Oneo (syarikat perancis). Hal ini rentetan daripada projek penswastaan air.


  • Kepentingan


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah membeli MMC Corporation yang merupakan sebuah syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Kontrak lebuh Raya pantai timur iaitu sambungan lebuh raya Kuala Terenganu ke Karak merupakan antara projek MMC. Beliau juga memiliki 22.7 % pegangan dalam Malakoff Berhad (syarikat pembekalan elektrik) dan 20% peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.


Beliau juga memiliki 18% pegangan dalam Bernas (perdagangan beras) dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, (konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan) Manakala 18.7% pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik yang diperoleh Melalui Syarikat Perdana Padu Sdn. Bhd. dan Corak Kukuh Sdn Bhd.beliau turut memegang saham individu sebanyak 7.34% sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad. Di samping itu, beliau turut memiliki 100% kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia serta Singapura Kepentigan majority dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut dikaut oleh beliau malah , MMC juga telah membeli Senai Terminal Servis Sdn bhd.(SATS). Melalui RM 80 juta, SATS Berjaya mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airport Holdings Bhd pada 1 November 2003


Sebagai badan kebajikan yang telah ditubuhkan pada mac 1996, yayasan tersebut membantu orang yang kurang kemampuan terutama dalam bidang pendidikan. (Orang Melayu boleh berjaya Asal Tekun sertab sabar diuji masa, 2004).Kata beliau “tuhan sudah member segal nikmat, semuanya saya sudah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutamanaya pelajaran.” Menerusi senuah wawancara dengan Mingguan Malaysia. (Hari ini kita tolong orang Esuk orang tolong kita, 2009)


Yayasan tersebut turut berperanan dalam menyokong perkembangan seni dan budaya Islam selain menjadi pengalak dalam persefahaman antara peradapan melalui dialog peradapan. Kini ia telah berkembang sebagai kumpulan amal global.


  • Dalam negara

Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks Al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi Dialisis dan Hospital Albukhary,Hostel Albukhary, Masjid Albukhary, Pusat Pendidikan MasyarakatPusat ‘Pondok’ Moden, Rumah Anak-anak Yatim Albukhary, Pusat Kanak-kanak Istimewa dan Pusat Jagaan Warga Emasi. Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Malah 12 buah masjid turut telah dibina melalui yayasan ini di serata dunia.


  • Luar Negara

Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada penduduk negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel. Pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.


  • Sumbangan Terhadap Orang Islam.

Yayasan itu turut menyumbang kepada organisani bukan islam. Sebagai contoh, untuk Projek Langkahwi (RM1 juta) walaupun yayasan Al bukahry ini lebih berorentasikan islam. Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China juga dilaksanakan oleh pihak yayasan ini.


  • Anugerah

Sebagai menghargai jasanya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.Tokoh Melayu Terbilang ( 2009). Menurut (BERNAMA, 2008) beliau dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429H. Anugerah Malaysia’s Chosen One’ serta Majalah Time (2002), Muzium Kesenian Islam iaitu IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003). Muzium Kesenian Islam turut telah memperoleh Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003) Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007) (Info214, 2010)


II) CIRI-CIRI USAHAWAN : TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY


PROAKTIF

Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat proaktif bermaksud sikap positif yang ada pada individu , institusi dan lain-lain , merangka atau melakukan sesuatu yang difikirkan masak-masak. Selain itu, proaktif bermaksud tindakan jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan yang berkenaan . Contoh ayat ialah kerajaan negeri akan mengambil tindakan yang proaktif untuk menjayakan projek yang dirancang. Proaktif amat penting untuk setiap usahawan yang ingin berjaya.


Sifat proaktif amat penting untuk usahawan di dunia. Nelson Mandela pernah berkata setiap sesuatu dilihat mustahil sehigga terbukti disiapkan. Oleh itu, kita mestilah berani melakukan sesuatu perkara terutamanya dalam perniagaan. Albert Einstein juga pernah berkata bahawa kita tidak boleh menyelesaikan masalah dengan pemikiran yang sama apabila kita cipta masalah tersebut. Maka, berfikiran proaktif amat penting berdasarkan tokoh-tokoh tersebut.

Antara usahawan yang berfikiran proaktif yang saya ambil contoh ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary.Tan Sri Syed Mokhtar ialah antara oarng terkaya di Malaysia dan di Asia tengara. Beliau mempunyai asset berjumlah lebih bilion Ringgit Malaysia.Beliau sangat merendah diri dengan harta yang dimilikinya.Beliau juga dikenali sebagai orang yang berahsia tentang dirinya. Kisah beliau bermula apabila lahir dalam keluarga miskin dan mempunyai 7 adik beradik. Beliau hidup dengan serba kekurangan sehingga tidak dapat menduduki peperiksaan SPM. Sejak kecil beliau diajar menderma sehingga ibunya menyuruh beliau menderma separuh dari modalnya.


Beliau memulakan cara berfikir proaktif dengan melakukan sesuatu dengan sistematik dengan memulakan perniagaan pengusahaan daging selepas ternakan yang beliau usahakan itu ditimpa penyakit. Beliau membeli daging yang tidak terjual di pasar dengan menjual semula kepada bumiputera dan restoran. Seterusnya, beliau meneruskan dengan mendapatkan permit lori dan membeli lori untuk membuka syarikat pengangkutan. Pada 1974, beliau meneruskan rancangan yang seterusnya dengan membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Teluk Wan Jah


Pada 1975, beliau menubuhkan syarikat perdagangan beras dangan nama Bernas dan beliau tidak membiarkan syarikat beliau begitu sahaja tetapi beliau mendapatkan kotrak bagi membekalkan beras kepada FELDA, MARA dan lain-lain. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, beliau terus menubuhkan syarikat usahasama bersama dua individu cina lain, dan beliau merupakan pemegang saham tertinggi iaitu 52% saham.Justeru, Bukhary Sdn. Bhd ditubuhkan pada 15 Julai 1976 di rumah kedai yang dibelinya dahulu.Syarikat ini memulakan perniagaan gula. Syeik mokhtar terus menubuhkan usahasama, Susu Mas Sdn Bhd tetapi terus menjualnya akibat kemelesetan ekonomi. Beliau amat proaktif dengan membuat setiap keputusan agar dapat mengelakkan kerugian yang tinggi.


Syeikh Mokhtar terus mengembangkan permulaan penguasaan ekonomi dengan menyertai delegasi ke China. Beliau terus menjalankan system barter dengan China, iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh di China. Ini menunjukkan daya fikiran dan kemampuan beliau untuk berfikir di luar kotak.Seterusnya, beliau mendapatkan kontrak dari China untuk membekalkan kasut menyebabkan beliau membuka kilang kasut.Seteusnya,beliau menjalankan perdangan dengan penswastaan perlabuhan kemudian beliau membina lebuh raya dan terus berkembang menjadi syarikat utama di Malaysia.


Kesimpulannya, daripada satu ciri proaktif menyebabkan Syeikh Mokhtar menjadi seorang yang terkaya di Malaysia iaitu billionnaire Malaysia. Disamping itu beliau terus membantu orang-orang awam terutama yang memerlukan melalui Yasasan Al-Bukhari.Beliau terus proaktif dalam mengembangkan perniagaan beliau dengan gigih dan teratur.Oleh itu, wajarlah kita mengambil contoh dari peribadi yang proaktif beliau.



RANGKAIAN


Tan Sri Syed Mokhtar Merupakan seorang yang bijak dalam mengatur strategi berkenaan alam perniagaan. Walaupun berlatar belakangkan keluarga yang miskin dan bermula dengan menanam sayur dan menjual daging, Syed Mokhtar tidak mudah putus semangat untuk terus maju dalam kehidupanya. Namun begitu, tidak hairanlah bahawa kini beliau mempunyai sayap perniagaan dalam pelbgai bidang termasuklah bidang pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa. Rangkaian syarikat yang ditubuhkan beliau terdapat pelbagai sektor serta mempunyai bilangan pekerja kira-kira 67,700 tenaga pekerja. Sebagai contohnya, menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001, sebanyak 500 rangkaian pusat tuisyen telah ditubuhkan. Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa dari Yayasan (Islam) Al-Bukhary. Di samping itu, beliau turut berlabur saham dengan syarikat dari luar negara untuk mengembangkan perniagaanya.



KOMITMEN YANG TINGGI


Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang pemurah dan dermawan. Oleh itu, beliau juga digelarkan sebagai 'Wira Dermawan Asia' serta tokoh Maal Hijrah pada tahun 2008. Meskipun mengecap kejayaan sebagai tokoh konglomerat bumiputera nombor satu negara, beliau tidak melupakan kewajipannya untuk membantu saudara seagamanya. Justeru, Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan. Melihat kepada kesusahan hidup golongan miskin yang tidak mendapat pendidikan yang sepenuhnya, beliau berpendapat bahawa rezeki yang dikurniakan Allah itu perlu dibahagikan kepada golongan yang memerlukan. Tambahan pula, beliau juga mengalami kesususahan hidup suatu ketika dahulu. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Komitmen beliau untuk terus menaikkan perniagaan tempatan dan agama Islam ialah sesuatu yang perlu dicontohi oleh semua usahawan di luar sana. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.



LOKUS KAWALAN DALAMAN


Kegagalan yang lalu melalui perniagaan lembu dan kerbau bapanya iaitu pada pertengahan tahun 1970-an, perniagaan ternakan bapanya berdepan masalah besar ekoran tercetusnya wabak kaki tangan dan mulut. Wabak berkenaan merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Akibatnya, hampir kesemua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Kejadian berkenaan sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri. Sejak itu, Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya serta memutuskan untuk tidak lagi berkecimpung dalam bidang penternakan. Sebaliknya, membuat keputusan untuk berniaga daging. Di sini kita dapat melihat bahawa walaupun gagal di permulaan ia merupakan pilihan kita untuk teruskan sehingga berjaya atau berputus asa. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary percaya sekiranya kita yakin dengan kejayaan itu datang dengan usaha yang diberikan untuk sesuatu perkara akan mencerminkan hasil yang kita bakal perolehi.



MENGAMBIL KIRA RISIKO


Kebanyakan usahawan terkemuka mempunyai idea yang menarik dan tersendiri setiap kali mereka ingin menghasilkan keluaran baru. Kebolehan usahawan untuk menanggung risiko kegagalan adalah penting. Jika usahawan tidak yakin untuk menanggung risiko sudah pastinya perniagaan yang dijalankan tidak akan maju dan tetap berada di takuk lama sedangkan pesaing lain berusaha mempelbagaikan keluaran mereka. Selain itu, usahawan perlu berkemahiran untuk menguruskan pelbagai urusan dalam satu – satu masa. Dalam dunia perniagaan, risiko memainkan peranan penting dalam diri usahawan kerana risiko akan memberi impak yang sangat besar pada perniagaan sedia ada. Misalnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary melibatkan diri dalam bidang perbankan Islam iaitu dengan mengambil alih rangkaian Bank Muamalat Malaysia Berhad telah mengambil kira semua kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang yang bakal beliau pada sama beliau juga mengendalikan beberapa perniagaan lain yang juga memerlukan pelbagai pertimbangan.









 
 
 

Recent Posts

See All
1.0 PENDAHULUAN

Bidang keusahawan merupakan satu bidang yang baru tetapi telah berkembang dengan pesat semenjak akhir 1970-an. Perkembangan bidang...

 
 
 
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu...

 
 
 
  • Grey Google+ Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey LinkedIn Icon
  • Grey Facebook Icon
bottom of page