top of page
Search

1.0 PENDAHULUAN

  • ahmdfhmie
  • Dec 9, 2016
  • 1 min read

Bidang keusahawan merupakan satu bidang yang baru tetapi telah berkembang dengan pesat semenjak akhir 1970-an. Perkembangan bidang keusahawanan dapat dilihat pada tahun-tahun 1970-an, hanya beberapa buah universiti sahaja yang mengendalikan kursus keusahawanan. Kini,kursus keusahawanan ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika Syarikat malahan universiti-universiti terkemuka di dunia juga turut menawarkan kursus keusahawanan ini. Berdasarkan situasi perkembangan tersebut dapat menggambarkan bahawa bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang penting terutamanya dalam pembagunan ekonomi negara.


Secara ringkasya, perkataan usahawan dipetik daripada perkataan “entrepreneur ” dalam Bahasa Inggeris. Istilah dalam bahasa Inggeris ini berasal daripada istilah Bahasa Perancis, iaitu “entreprendre ” yang bermaksud memikul (tugas) atau mencuba. Pada tahun 1725, perkataan “entrepreneur ” yang digunakan oleh Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi, jelas mengaitkan istilah ini dengan kegiatan perniagaan.Dalam bahasa Melayu, istilah usahawan adalah daripada perkataan asal“usaha”.


Perkataan “usaha” bermaksud “daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai(melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu” (Kamus Dewan, 2000).Ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tersebut disebut sebagai ciri-ciri keusahawanan.


Keusahawanan ialah ciri-ciri yang boleh dibentuk dan diasah dalam diri individu dan ianya boleh dipaparkan di dalam dan luar organisasi perniagaan, bukan perniagaan, termasuk organisasi yang bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan


Di dalam tugasan keusahawan SADE 1013 ini akan memfokuskan tentang tokoh – tokoh usahawan yang terdapat di Malaysia yang terlibat dalam pelbagai bidang dengan lebih teperinci. Seterunya melalui tugasan ini juga dapat kita mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat dalam diri setiap usahawan yang dikaji.


Ironinya, diharapkan tugasan ini dapat membantu kita dalam mengenali tokoh – tokoh usahawan ini supaya secara tidak langsung dapat kita mengambil iktibar daripada kejayaan mereka.



 
 
 

Recent Posts

See All
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu...

 
 
 

Comentarios


  • Grey Google+ Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey LinkedIn Icon
  • Grey Facebook Icon
bottom of page