top of page
Search

2.0 CIRI-CIRI USAHAWAN

  • ahmdfhmie
  • Dec 9, 2016
  • 16 min read

Noor Neelofa Binti Mohd Noor

2.1 Mengambil kira Risiko

Noor Neelofa Binti Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan model iklan Malaysia. Beliau mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Gadis kelahiran Kelantan ini bukan sahaja cantik dan bijak, tetapi sudah berjaya mencapai impian dan cita-citanya. Bermula dari Dewi Remaja, kemudian menjadi pelakon, seterusnya bergelar pengacara, penulis, dan beliau sekarang mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan bersama ibunya melancarkan produk minuman kesihatan BellaVita dan memiliki jenama produknya sendiri. Selain produk minuman kesihatan BellaVita, Neelofa juga terlibat dalam beberapa perniagaan termasuk kanta lekap (Lofalens), kasut (LofaHeels), dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Abaya, Naelofar Hijab dan Bokitta untuk wanita. Dalam produk Naelofar Hijab terdapat satu isu iaitu seorang wanita yang menjalankan perniagaan tudung jenama Sugar Scarf mendakwa NaelofarHijab telah meniru rekaan tudung keluaran syarikatnya, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi dalam bidang perniagaan malah kerja keras beliau ini telah membuahkan hasil. Neelofa menyifatkan pihak yang menuduhnya menciplak tudung keluaran syarikatnya iaitu Naelofar Hijab daripada jenama lain adalah tindakan tidak profesional. Di sini dapat dilihat bahawa Neelofa seorang yang tegas kerana beliau tetap dengan pendiriannya bahawa tudung keluaran syarikatnya tidak menciplak tudung jenama Sugar Scarf atau mana mana keluaran tudung syarikat yang lain. Bukan itu sahaja, Neelofa berdepan dugaan baru apabila perniagaan tudung yang diusahakan, Naelofar Hijab diciplak pihak tidak bertanggungjwab. Neelofa berkata, populariti jenama Naelofar Hijab selepas sembilan bulan berada di pasaran mengundang perhatian pihak terbabit untuk melakukan perbuatan itu. Beliau dan keluarga sudah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa peniaga yang menciplak dan menjual tudung itu bagi mengelakkan ia terus berleluasa, dan bertujuan memastikan pembeli tidak terpedaya dengan produk tiruan yang menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran. Naelofar Hijab mempunyai pasukan khas bagi mengenal pasti pihak yang menjual produk ciplak selain menggunakan nama dan wajah beliau bagi memperdaya orang ramai. Mengakui kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menciplak jenama tudungnya, Neelofa memberitahu sebuah serbuan telah dilakukan bersama pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah premis terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung ciplak jenama tudung Naelofar Hijab. Dalam dunia perniagaan inilah risiko yang setiap usahawan perlu ambil kira kerana pasti akan sentiasa ada saingan dan sentiasa akan berhadapan denngan pihak yang akan meniru produk yang dihasilkan untuk mengaut keuntungan. Bukan setakat itu sahaja, malah Neelofa juga perlu bersedia mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan isu menciplak tudung seperti sekarang dan juga kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin

2.2 Komitmen Tinggi

Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin merupakan penyanyi nombor satu di Malaysia yang berasal daripada Temerloh, Pahang dan kini merupakan seorang usahawan yang berjaya menghasilkan produk kosmetik dan kecantikan SimplySiti. Ciri keusahawanan yang ada pada Datuk Siti Nurhaliza ialah beliau mempunyai komitmen yang tinggi kerana Datuk Siti yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan sentiasa berfikiran positif setelah selepas percubaan pertamanya jenama produk minuman teh CTea menemui jalan buntu. Sebelum beliau memulakan perniagaan produk kosmetik dan kecantikan, SimplySiti, beliau juga menjual produk teh, Ctea, jenama minuman teh Malaysia, daripada teh yang ditanam di kaki bukit Gunung Kinabalu, Sabah yang mendatangkan dengan dua perisa, iaitu Geranium Special dan Pandan. Namun produk minuman teh beliau tidak mendapat sambutan lalu pengeluaran produk tersebut telah ditamatkan pada bulan Mac 2011 untuk memberikan lebih tumpuan kepada SimplySiti. Di sini dapat dilihat bahawa beliau mempunyai ciri komitmen yang tinggi kerana beliau seorang yang pantang menyerah dan sentiasa berusaha walaupun produk teh beliau tidak mendapat sambutan dan beliau terus memberi fokus kepada perniagaan kosmetik beliau tanpa menoleh ke belakang. Dengan bantuan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa dan dua rakan niaganya, beliau menceburkan diri dalam industri kosmetik selepas kajian selama dua tahun bersama AC Nielsen untuk mengkaji pasaran dan sasaran pelanggan. Alat kosmetik telah dihasilkan di Korea dengan penjanaan teknologi nano. Seperti mana semua sedia maklum bahawa Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia. Sedang mengatur langkah ke arah kejayaan, percaturan beliau yang lancar telah diduga. Pernah dikatakan produk kosmetik SimplySiti menggunakan berus bulu babi dalam produknya. Menjawab spekulasi yang mampu menggagalkan perniagaan sekaligus mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau, Datuk Siti menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu, dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat tersebut disahkan secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum untuk memeriksa setiap aspek pembuatan dengan peraturan yang lebih ketat untuk memastikan produk berkenaan disahkan Halal. SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine. Beliau bersemangat dan tahan setiap masalah yang dilaluinya. Selain itu, pada 11 Januari 2011 beliau menerima dua anugerah dari Brand Laureate – Small and Medium Enterprises Chapter Awards (The Brand Laureate – SME’s Chapter Awards) untuk salah satu daripada produk SimplySiti. Beliau juga menerima Anugerah Wanita Inspirasi dari Persian Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) pada 29 Januari 2011. Berkat sikap komiten yang tinggi seperti Datuk Siti, nama dan produk beliau menjadi gah di persada Malaysia.

Tan Sri Lim Goh Tong

2.3. Berorientasikan peluang

Peluang perniagaan ialah suatu keadaan atau situasi dalam perniagaan yang memberi kesempatan kepada seseorang individu untuk mendapatkan sesuatu manfaat. Peluang perniagaan wujud dan boleh dicari jika usahawan peka dan bertindak dengan segera. Sekiranya lambat bertindak maka terlepaslah peluang tersebut.Peluang perniagaan bermula apabila wujudnya permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Oleh itu untuk menentukan serta mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang bersesuaian, kita perlu memadankan peluang-peluang tersebut dengan kebolehan dan kemampuan diri serta sumber-sumber yang ada pada diri kita.Secara amnya, analisis peluang-peluang perniagaan boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor seperti Pengalaman, persekitaran, perubahan dan perkembangan ekonomi ,perubahan dan perkembangan teknologi,masalah semasa pengguna dan produk untuk global


Contoh ushawan berjaya yang berorientasikan peluang adalah Tan Sri Lim Goh Tong. Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$ 42.2 bil (RM 160.6 bil), pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia. Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia. Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.


Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands. Sebelum membangunkan Genting Highlands, Lim telah mewujudkan masalah yang agak baik dalam perniagaan, termasuk perdagangan perkakasan, perlombongan dan kontrak. Pada tahun 1963, Pada masa itu, Lim adalah seorang sub-kontraktor bagi Cameron Highlands hidroelektrik yang kontraktor utama adalah sebuah firma Jerman Barat yang terkenal. Malam itu dia makan malam di Cameron Highlands dengan Jerman.


Perkara pertama yang menarik pandangan beliau adalah bahawa semua orang suka berundur ke sebuah resort di gunung sejuk untuk berehat dan rekreasi di kawasan tropika Malaysia. Beliau mahu merealisasikan impiannya untuk membangunkan sebuah resort di gunung dalam masa satu atau dua jam memandu dari Kuala Lumpur. Apabila dia berkongsi idea dengan rakannya, hampir semua daripada mereka tidak percaya. Ada juga yang memberitahu beliau gila. Pada masa itu, pelaburan yang besar dalam bentuk wang jika membangunkan gunung menjadi sebuah resort pelancongan.Walau bagaimanapun, projek Genting adalah idea perniagaannya yang ideal, yang tidak ada orang yang berminat dalam projek itu, yang bermakna tidak ada persaingan dalam perniagaannya. Beliau percaya bahawa peluang untuk mendapatkan kekayaannya tanpa hadirnya pesaing dan jika dia dipulihkan, ganjaran baik boleh menjadi sangat baik sekali. (Lim, Develpoment Genting Highlands: Labour Cinta, 2004). Keadaan itu menunjukkan bahawa Tan Sri Lim Goh Tong adalah seorang usahawan yang sifat peluang orientasi bahawa dia tidak meninggalkan apa-apa peluang untuk mencapai impian dan perniagaannya.


Ananda Krishnan

2.4 Proaktif

Proaktif bermaksud suatu tindakan dan keputusan yang berorientasikan tingkah laku, dan bukan menunggu untuk sesuatu perkara itu berlaku dan kemudian baru mencuba untuk menyesuaikan perkara tersebut terhadap diri mereka. Tingkah laku proaktif bertujuan untuk mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang dan mengambil tindakan preemtif terhadap masalah dan ancaman, manakala tingkah laku reaktif memberi tumpuan kepada melawan api atau menyelesaikan masalah selepas ia berlaku. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengambil peranan aktif dalam menangani sesuatu sebelum ia perlu dilakukan.


Usahawan yang mempunyai sifat ini adalah Ananda Krishnan yang dilahirkan pada 1 Apr 1938. Beliau adalah seorang ahli perniagaan dan dermawan Malaysia dan kini dia dianggarkan mempunyai nilai bersih AS $ 7.9 bilion menurut senarai tahunan orang terkaya terkini dari Forbes, menjadikan beliau orang kedua terkaya di Malaysia dan nombor 158 di dunia ( "Forbes Senarai jutawan dunia 2016’’). Beliau adalah pemilik Maxis Mobile Sdn. Bhd. Sebagai seorang usahawan, beliau mempunyai satu set kualiti pengurusan dan amalan pernniagaan yang dia telah diaplikasikan dalam usahanya untuk menjadi jutawan Malaysia.


Beliau proaktif dalam mengambil tindakan preemtif terhadap masalah yang mungkin berlaku dengan perancangan dan menganalisis keadaan semasa, menjangka masa depan dan membuat keputusan yang sesuai untuk mencapai matlamat beliau. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau aktif dalam menentukan matlamat perniagaan yang strategik dan korporat bersama-sama dengan pemegang saham beliau, rakan perniagaan, pekerja dan sektor kerajaan untuk menyampaikan nilai-nilai strategik kerana matlamatnya adalah untuk menswastakan dan pembekal perkhidmatan Maxis yang global. Dia menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang proaktif dalam perniagaan. Beliau mengambil tindakan sebelum ancaman berlaku. Keputusan untuk menswastakan Maxis adalah keputusan bersendirian beliau walaupun beliau membincangkan dan dianalisis dengan usahawan lain dan pemegang sahamnya. Perancangan proaktif dan kemahiran membuat keputusan yang baik akan membantu perniagaan untuk mencapai matlamat.


Beliau mempunyai keupayaan untuk menggunakan konsep kemahiran dan membuat keputusan berorientasikan hasil dalam mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya untuk kepentingan perniagaannya. Persekitaran luar turut terlibat secara langsung dalam menetukan keputusan ini, iaitu masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, beliau mengambil keputusan untuk menswastakan Maxis dan mempromosikan syarikat itu di peringkat global untuk manfaat pelaburannya.


Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmed

2.5 Kreatif

Kreatif dapat ditakrifkan sebagai kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi. Kreatif ini melibatkan keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik, keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan penyelesaian serta keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan teori kepada bentuk aplikasi. Manakala inovasi pula ialah Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. (Korporat & UniMAP, 2012). Pernahkah anda menonton program realiti di TV3 bertajuk Bersamamu?. Program tersebut telah ditaja oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd dimana setiap beg beras keluaran Faiza yang dibeli oleh orang ramai didermakan sebahagiannya kepada Tabung Bersamamu untuk membantu golongan miskin yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Pemilik dan pengarah urusan Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd adalah Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmed.


Puan Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmed berasal dari Mesir. Bapanya menghafal quran yang membuka sebuah restoran berhampiran Rumah Johor di Kaherah pada tahun 60-an dahulu. Hajah Faiza telah dijodohkan dengan seorang pemuda yang yang berhubungan akrab dengan ayah Hajah Faiza. Perbezaan umur antara Hajah Faiza dan suami adalah 18 tahun. Pada tahun 1964 selepas memiliki seorang cahaya mata Hajah Faiza dibawa oleh suaminya pulang ke Malaysia.Hajah Faiza seorang yang kreatif dan inovatif dimana pada peringkat awal beliau membeli kain ela dan membuat gaun untuk anak jirannya. Beliau juga menghasilkan safra dan sarung set bantal serta cadar bersulaman hasil daripada beliau mendapat pendidikan dalam diploma seni jahitan bagi mengisi masa lapangnya apabila suaminya sibuk dengan tugasan sebagai seorang kadi. Ketika tinggal di Mersing, beliau telah mendapat idea untuk menghasikan rempah kari yang pada ketika itu rempah kari cuma diusahakan oleh penjual- penjual India. Beliau telah membeli pelbagai jenis rempah ratus seperti ketumbar , jintan ,halba, cili kering,cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya di kedai dan kemudiannya membancuh ramuan itu sendiri bagi menghasilkan rempah kari ikan dan kari daging. Beliau telah mendapatkan maklum balas daripada kawan- kawannya tentang rempah tersebut kemudian formulanya telah diubahsuai dan terbukti sedap.


Selain pengeluaran rempah kari ikan dan daging, Puan Hajah Faiza Bawumi telah mempelbagaikan lagi rempah yang telah dikeluarkan iaitu rempah kurma, rempah briyani dan rempah sup. Pada waktu ini produk Hajah Faiza belum berjenama jadi lebih dikenali sebagai ‘rempah tok kadi’ kerana Puan Hajah Faiza Bawumi merupakan isteri kepada tok kadi. Tidak lama kemudian produnya dijual menggunakan jenama Bunga Raya. Pada tahun 1997, syarikat Puan Hajah Faiza Bawumi telah menjalankan usahasama dengan Padi Beras Nasional dan menjadi ahli dalam Kumpulan Bernas. Kreatifnya Puan Hajah Faiza Bawumi ini, Syarikat Faiza dibawah kelolaan beliau telah memperkenalkan beras ponni yang dipercayai mengandungi kanji. Pada tahun 1990-an masyarakat umumnya semakin mementingkan kesihatan. Jadi beras ini sesuai dengan keperluan para pesakit kencing manis, darah tinggi dan mereka yang menjaga berat badan. Puan Hajah Faiza Bawumi telah mendapatkan khidmat Universiti Pertanian Malaysia bagi membuktikan khasiat beras ponni ini. Hasil daripada kajian menunjukkan kualiti yang diperkatakan dan pelaburan jutaan ringgit Puan Hajah Faiza Bawumi dalam projek ini mula berhasil. Puan Hajah Faiza Bawumi kemudian memohon hak eksklusif daripada bernas untuk menjadi pemborong beras ponni. Beliau memasarkannya dengan jenama Taj Mahal. Pelbagai beras lain dibawah jenama Faiza seperti basmathi dan beras wangi mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Kini kilang beras Faiza beroperasi di atas tapak seluas 40 000 kaki persegi dan ia menggunakan mesin dan alatan berteknologi tinggi untuk memproses dan membungkus beras.


Antara anugerah dan pengiktiran yang dimenangi oleh Syarikat Faiza ialah Pensijilan ISO 9001:2000 oleh sirim pada tahun 2004, Pensijilan Halal 2003 oleh Jakim, Pemborong Terbaik Bernas pada tahun 2001 dan Reader’s Digest Golden Award pada tahun 2005. (Zubir, 2008)

Berdasarkan kisah Puan Hajah Faiza Bawumi iaitu peneraju Syarikat Faiza mengambarkan kepada semua bahawa Puan Hajah Faiza Bawumi seorang usahawan yang mempunyai ciri kreatif dan inovatif dalam menerajui syarikatnya.

En. Abd. Hakim Bin Awang

2.6 Lokus Kawalan Dalaman


Lokus kawalan dalaman merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor- faktor luaran. Begitu juga usahawan , dimana seorang usahawan perlu kepada lokus kawalan yang tinggi bagi memperlihatkan keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi tidak mudah dipengaruhi oleh faktor lauran seperti khabar angin atau rumus – rumus yang tidak sihat. (Mahmood, 2010)


D’Apples Frozen Food Chicken Chop telah dikeluarkan oleh Gelira Sari Sdn Bhd (GSSB) pada awal Mei 2012 dan beroperasi di Chepa , Kota Bharu Kelantan. GSSB ini telah dipinpim oleh En. Abd. Hakim Bin Awang selaku Pengarah urusan syarikat dan dibantu oleh Pn. Nur’aine Binti Mohamed Zin yang bertindak sebagai Timbalan Pengarah. (Develop & Media, n.d.). En. Abd. Hakim Bin Awang seorang usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi dimana apabila beliau menghadapi segala kesulitan dalam perniagaannya dia akan menaganinya dengan baik. Beliau akan membuat sesuatu keputusan dengan menjangkakan sesuatu yang berlaku pada masa masa hadapan. En. Abd. Hakim Bin Awang memulakan perniagaan ini dengan hanya menggunakan modal minimum sebanyak RM5,000. Pada peringkat permulaan, tiada bank yang sanggup atau berani memberikan pinjaman kepada beliau . Namun beliau positif dengan situasi tersebut. modal terbesar beliau adalah diri sendiri. En. Abd. Hakim Bin Awang mulakan perniagaan pertamanya dengan membuka kedai peralatan telekomunikasi (2007) dan 3 bulan selepas itu berjaya membuka 2 buah lagi kedai peralatan telekomunikasi mengunakan keuntungan kedai yang pertama dan kedua. 8 bulan kemudian, beliau berjaya membuka sebuah mini market dengan menggunakan modal hanya RM12,000, juga hasil dari keuntungan ketiga-tiga kedai peralatan telekomunikasi tersebut dalam tempoh bulan. Dan Alhamdulillah, selepas 9 bulan berniaga, beliau dapat pinjaman mikro sebanyak RM11,500. Dengan modal tersebut, beliau telah membuka restoran di Pengkalan Chepa. Ia dinamakan D’Apple Café & Restaurant.

Pada tahun berikutya, En. Abd. Hakim Bin Awang menghadapi kesukaran dalam perniagaan dimana punaca utama oleh pekerja. Beliau telah ditipu oleh pekerjanya. Dari 4 cawangan perniagaan, susut kepada 3. Dari 3 turun kepada 2. Akhirnya tinggal mini market dan restoran saja.


Berbekalkan semangat yang tinggi untuk Berjaya, En. Abd. Hakim mengambil jalan untuk berjumpa dengan seorang usahawan dan beliau dinasihatkan supaya fokus pada satu bisnes sahaja pada peringkat permulaan ini. Hasil dari saranannya, En. Abd. Hakim Bin Awang menutup mini market dan menumpukan perhatian kepada bisnes restoran sahaja.Pada 2 tahun pertama, hanya 10 hari sahaja restoran bercuti kerana tukang masak tidak mengalami masalah cuti. Dan pada masa yang sama En. Abd. Hakim Bin Awang mengambil inisiatif supaya beliau dan isteri juga perlu belajar memasak bagi memastikan bisnes restoran ni bertahan lama. Keadaan dimana En. Abd. Hakim Bin Awang menghadapi masalah kesuntukan wang, isteri sendiri terpaksa membantu memasak walaupun baru 2-3 hari lepas melahirkan anak. Pada waktu tu beliau jatuh dan betul-betul hanya tinggal RM100 ditangan dengan 'overhead' dan hutang semasa berpuluh ribu RM. Setiap hari dihambat pemiutang. Bila dah tak tertanggung, beliau luangkan sedikit masa balik kampung dan berjumpa ibu bapa tersayang. Beliau meminta mereka mendoakan kesejahteraan, dimudahkan segala urusan dan dikeluarkan dari tanggungan bebanan hutang. Berkat daripada doa ibu bapa dan dengan izin Allah En. Abd. Hakim Bin Awang berjaya mengharunginya dengan tenang dan tersenyum. Beliau dapat melangsaikan Hutang RM35,000 dalam 3 minggu berbekalkan modal RM100 yang tinggal.


Seterusnya bermulalah episod kejayaan – kejayaan yang dapat dicapai oleh En. Abd. Hakim seperti beliau mencipta Resepi Chicken Chop sendiri. Kemudian pada peringkat permulaan En. Abd. Hakim mengeluarkan produk pertama D'Apple Frozen Chicken Chop dalam bentuk pek sebanyak 30 pek dan dihantar secara ‘consignment’ kepada beberapa kedai berdekatan.

Sehingga kini En. Abd. Hakim mempunyai hampir 800 rangkaian pengedaran di seluruh Semenanjung Malaysia dan hampir 200 buah supermarket yang menjual produk D'Apple. Sebelum ini syarikat En. Abd. Hakim yang tidak layak dan tidak dipandang oleh bank untuk memohon pinjaman, sekarang sudah diluluskan pinjaman dalam jumlah jutaan RM. Ramai agensi kerajaan atau syarikat swasta sudah membuka mata terhadap syarikat dan perniagaan kami. Kami diberikan bantuan latihan dan teknikal serta geran. En. Abd. Hakim juga dipilih sebagai Usahawan Belia Negara mewakili Malaysia ke Brunei Darul Salam oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk ekspo dan seminar belia negara. Pihak FAMA juga membantu kami dari segi pemasaran produk, kemudahan geran dan bermacam lagi. Seterusnya beliau juga terpilih sebagai Johan Usahawan Harapan Nasional di satu pertandingan usahawan di peringkat kebangsaan. Pihak beliau juga ada menjalinkan kerjasama dengan sebuah Kolej Komuniti di Melaka dalam usahasama bidang teknologi dan latihan. Selain itu, beliau juga dianugerahkan Usahawan Pemasar Tani Jaya 2015 (peringkat Negeri Kelantan) dan sekarang mewakili Kelantan ke pertandingan peringkat kebangsaan.


Pada tahun 2016 produk D'Apple boleh didapati di 2,000 pasaraya utama dan terpilih di seluruh negara dan 2,000 outlet yang dibekalkan dengan peti sejuk komersial D'Apple. Beliau juga merancang untuk mengeksport produk D'Apple ke beberapa negara luar yang sangat berminat dengan produk-produk halal ini. (fauzie, 2015)


Berdasarkan kisah En. Abd. Hakim ini dapat kita lihat beliau seorang usahawan seorang usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi dimana apabila beliau menghadapi segala kesulitan dalam perniagaannya dia akan menaganinya dengan baik. Beliau akan membuat sesuatu keputusan dengan menjangkakan sesuatu yang berlaku pada masa masa hadapan. Berdasarkan kisah ini juga dapat memperlihatkan keyakinan En. Abd. Hakim terhadap kebolehan dirinya sendiri dalam menjalankan perniagaan. En. Abd. Hakim yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau rumus – rumus yang tidak sihat.

Kevin Systrom

2.7 Rangkaian


Rangkaian bermaksud komputer yang dihubungkan untuk berkongsi perkasasan perisian dan maklumat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Tetapi dalam bidang keusahawanan, rangkaian didefinisikan sebagai proses membangunkan dan mengaktifkan hubungan anda untuk meningkatkan perniagaan, meningkatkan pengetahuan, melebarkan pengaruh anda atau berkhidmat kepada masyarakat.


Dalam erti kata lain, rangkaian adalah salah satu daripada ciri-ciri penting seorang usahawan yang berjaya untuk mencapai matlamat kerjaya mereka. Rangkaian merupakan satu kumpulan orang digunakan untuk saling berkaitan antara satu sama lain yang boleh menyediakan maklumat yang berguna antara satu sama lain, saling memberi dan juga mengemaskini berita terbaru dari mereka. Sebagai contoh, jika anda seorang wakil jualan, anda boleh minta untuk pelanggan anda untuk butir-butir peribadi dan juga memperkenalkan mereka tentang produk anda. Selain itu, rangkaian adalah cara terbaik dan juga cara yang paling mudah untuk berhubung dengan keluarga anda, kawan-kawan, rakan, jiran-jiran, pekerja dan siapa anda sentiasa kerap kenalan.


Jika kita mempunyai rangkaian dalam perniagaan, kita mampu membangunkan pelbagai peluang dan juga membesarkan rangkaian perniagaan kita. Rangkaian adalah pelan struktur untuk mengetahui lebih banyak orang yang akan melakukan perniagaan dengan kita atau memperkenalkan kita kepada orang-orang yang bakal berurusan dengan kita. Dalam kesempatan ini, kita boleh belajar bagaimana untuk menstruktur industri atau firma dengan mengikuti forum atau ceramah berkenaan skop perniagaan oleh Multilevel Marketing (MLM). Kita boleh mendapat banyak kebaikan sekiranya kita menghasilkan jaringan perniagaan. Sebagai contoh, dapat meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi, meningkatkan peluang dan hubungan perniagaan. Dengan menghadiri pelbagai program yang melibatkan rangkaian, kita akan menjadi lebih berani untuk bercakap dengan lebih ramai individu, walaupun mereka merupakan orang yang tidak kita kenali. Seterusnya, kita juga akan meningkatkan tahap keyakinan diri sendiri sekiranya kita mengerapkan ciri pembinaan rangkaian ini.


Tambahan pula, kita perlu menjadi lebih proaktif dalam pembinaan rangkaian sekiranya kita ingin mengembangkan perniagaan sama ada di peringkat global dan di peringkat tempatan. Untuk itu, kita perlu meletakkan lebih banyak usaha perniagaan seperti melakukan sesuatu tertentu setiap minggu yang memberi tumpuan kepada rangkaian untuk perkembangan perniagaan. Jika kita mahukan perniagaan yang berjaya, pertama sekali kita perlu merancang sesuatu mengenai aliran perniagaan kami, komited untuk, belajar kemahiran rangkaian dan melaksanakan pelan tersebut. Cuba bertanya kepada diri kita sendiri beberapa soalan seperti apa yang saya ingin mencapai? Berapa banyak pendapatan yang saya mahu sebulan? Di mana merupakan pelanggan dan prospek melangkah dengan rangkaian saya? Organisasi-organisasi perniagaan apa akan memberi manfaat kepada perniagaan saya? Bagaimana Bolehkah saya membina imej saya dan imej perniagaan saya? Adakah saya ingin berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat? Ini akan membantu kita untuk memahami rancangan perniagaan kita dengan memberi tumpuan terhadap persoalan-persoalan tersebut dan menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Ini menunjukkan bahawa perkara-perkara tersebut akan memberi kejayaan kepada perniagaan kita satu hari nanti.


Pengasas Instagram, Kevin Systrom, beliau merupakan seorang usahawan Amerika Syarikat, dan pengaturcara komputer. Beliau lebih dikenali sebagai pengasas dan CEO Instagram, iaitu foto talian mudah alih dan aplikasi perkongsian video. Perkhidmatan rangkaian sosial ini untuk Apple, Android dan Windows Phone yang membenarkan pengguna untuk menggunakan penapis untuk gambar dan kongsinya dalam perkhidmatan atau rangkaian sosial lain seperti Facebook, Twitter, Tumblr dan Flickr. Pada tahun 2013, Systrom telah disenaraikan dalam Forbes 30 di bawah senarai 30 di bawah kategori sosial atau Mobile. Beliau dengan Mike Krieger melancarkan Instagram di San Francisco pada 6 Oktober 2010. Instagram ialah satu perkhidmatan yang paling cepat berkembang sepanjang zaman yang memikul 80 juta pengguna pada 26 Julai 2012 dan ia juga diingini oleh Facebook untuk $1 bilion kurang daripada dua tahun kemudian selepas pelancarannya. "Matlamat kami ialah untuk tidak hanya menjadi aplikasi perkongsian foto, tetapi menjadi cara yang anda berkongsi hidup anda apabila anda sedang dalam perjalanan", kata Systrom. Pada Jun 2016, Instagram telah pun mempunyai lebih dari 500 juta pengguna yang aktif.

Sebelum Kevin mewujudkan Instagram, beliau bekerja di Gmail sebagai pengurus pemasaran produk bersekutu selama dua tahun di Google. Pada mulanya, ketika beliau bekerja bersama Gmail, Google Reader dan produk yang lain, tetapi seterusnya beliau bertugas di pasukan Pembangunan Korporat. Selepas meninggalkan Google, beliau menyertai Nextstop, cadangan lokasi yang diasaskan oleh bekas Googler yang diperolehi oleh Facebook pada tahun 2010, Systrom terfikir untuk menggabungkan lokasi daftar-masuk dan permainan sosial yang popular. Beliau membuat prototaip Burbank dan menyampaikannya di sesuatu majlis. Selepas itu, beliau memutuskan untuk berhenti kerja beliau untuk meneroka sama ada atau tidak Burbank boleh menjadi sebuah syarikat yang. Systrom dan Mike Krieger bina Burbank, perkhidmatan daftar-masuk, ke dalam produk yang membenarkan pengguna untuk melakukan banyak perkara. Walau bagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada satu ciri tertentu, iaitu perkongsian foto. Pembangunan Burbank membawa kepada penciptaan Instagram. Sebulan selepas dilancarkan, Instagram telah mencapai 1 juta pengguna.


Setahun kemudian, Instagram telah berjaya mencecah lebih daripada 10 juta pengguna. Selepas beralih dari Burbank, Systrom bersama-sama menubuhkan perkongsian foto dan, kemudian kemudian, video sharing perkhidmatan rangkaian sosial Instagram dengan Mike Krieger di San Francisco, California. Nama "Instagram" berasal dari perkataan-perkataan yang "segera" dan "telegram". Instagram dijual ke Facebook untuk $1 bilion dalam Tunai dan saham, bersama-sama dengan 13 pekerja. Menurut beberapa laporan, perjanjian netted Systrom $400 juta berdasarkan kepentingan pemilikan beliau dalam perniagaan ini. Salah satu sumbangan penting kepada pengambilalihan tersebut adalah bahawa Mark Zuckerberg menyatakan Facebook adalah "sangat komited untuk membina dan mengembangkan Instagram secara bebas", membolehkan Systrom untuk terus memimpin Instagram.


Kevin Systrom pernah berkata usahawan tidak perlu takut untuk mempunyai penyelesaian yang mudah bagi masalah mudah. Beliau tidak menggunakan pekerja terbesar bagi membina Instagram. Kejayaan Instagram adalah dengan memiliki pekerja-pekerja yang terbaik bekerja bersamanya dan mempunyai kumpulan atau sistem kumpulan pekerja ditempatnya. Kevin dikelilingi dengan orang-orang yang sanggup berkongsi idea mereka dan memberi pendapat. Beliau juga tahu apa yang pengguna Instagram mahu dengan memerhatikan tingkah laku mereka. Ini menunjukkan bahawa Kevin Systrom hanya menggunakan rangkaian untuk membina kerjaya dan perniagaan beliau.


Hubungan dengan perkataan "rangkaian" yang telah ditafsirkan sebagai "hubungan" atau "pertalian". Tetapi dalam bidang keusahawanan, komunikasi percubaan yang dimaksudkan bahawa rangkaian dibina di sesebuah syarikat atau rakan-rakan persatuan dan kelab-kelab profesional. Secara umumnya, seorang usahawan mesti mempunyai rangkaian dengan usahawan atau syarikat-syarikat dari dalam atau luar negara yang lain, kerana ia bertujuan untuk membolehkan mereka mengembangkan perniagaan mereka di mana-mana sahaja. Selain itu, kewujudan rangkaian ini, mereka akan kekal berhubung dengan antara satu sama lain dan menjadi lebih dekat di dalam perniagaan atau perusahaan yang dijalankan oleh mereka.


























 
 
 

Recent Posts

See All
1.0 PENDAHULUAN

Bidang keusahawan merupakan satu bidang yang baru tetapi telah berkembang dengan pesat semenjak akhir 1970-an. Perkembangan bidang...

 
 
 
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu...

 
 
 

Comments


  • Grey Google+ Icon
  • Grey Twitter Icon
  • Grey LinkedIn Icon
  • Grey Facebook Icon
bottom of page